Tuesday, May 21, 2013

Mama and Abah in the UK!!!


 Alhamdulillah...

After 6 months+ saying goodbye to them (i leave Malaysia on 23 Sept 2012), they are HERE!!!

On the 5th of April (Jumaat), mama and abah selamat tiba di Heathrow Terminal 4 Airport around 6pm by Malaysia Airlines, A380.  Time nampak je muka diorang dgn arrival gate tu, omgeeee macam nak melompat..teros menangis kegembiraan! Yahuuuuu rasa nak menjerit dpn semua org okay... over gile i, kan? hahaha..

The arrival
Penoh satu kereta dgn all the luggages and boxes.. Mama kata diorang bawak almost 100 kg in which maybe 70kg makanan sahaja! Gila kann? Siap durian, ikan patin, ikan keli semua adalah... Sebut je..Budu and tempoyak pon ada.

Penuh bonet haaa dgn kotak beg!
Atas seat pon penoh!
Atas riba jugaaaa

After unpack makanan, nah amek kawwww... Byk gileee!!!
Dan lagi lagi...
Kegembiraan time tu umpama video Fynn Jamal ni. Cekidautttt~

lawak kan...tapi mmg inilah perasaan nya! haha

 Okay. Malam pertama kami stay di Travelodge Bethnal Green, London. The rate is very reasonable (about 80 quid). Bilik kt Travelodge mmg sgt besar jadi amatlah sesuai utk family. Travelodge ni mcm Hotel Seri Malaysia lah ada byk cwgn kat dlm UK ni. And kalau kita book awal, kita boleh dpt as low as 19£!. Utk Travelodge yang kami stay ni, hotel teramatlah baru. Less than 3 months old. So, condition amatlah tip top!

Link : http://www.travelodge.co.uk/hotels/571/London-Bethnal-Green-hotel
Location : 4 Star (Very near to Bethnal Green Tube Station - Central Line)

Di London, kami tak jalan jalan kemana pon. Dari airport terus ke hotel. Dan esok paginya kami terus bertolak ke Bicester Village. Lagipon, mama and abah dah selalu dtg London. Nothing much to see. So, that is why kami teros bertolak keluar dari London yang maha sesak itu. About 8 am, kami bertolak dan sampai di Bicester lebih kurang pukul 9.30 pagi. Bicester village nilah tempat kami bertinju time boxing day haritu. haha. Ada byk designer outlet yang best best kat situ.

Postcode : OX26 6WD

The love of my life

 Dari bicester, kami ke Stoke on Trent. Di Stoke ni, teramatlah famous dgn outlet pinggan yang mahal-mahal. Wedgewood, Royal Albert, Royal Doulton, Johnson brothers dan seangkatan dgnnya berasal dari sini. Kira, Stoke ni bandar yang menghasilkan pingan mangkuk yang berkualiti. Kalau tgk blkg pinggan mahal2 tu, byk tulis 'Stoke' yang menujukkan ia berasal dari situ.

PortMerion Outlet

Welcome to Stoke!
Wedgewood & Royal Doulton Outlet - 5 star!!!
Postcode : ST1 5NP

 Banyak gila borong Johnson Brothers and Royal Doulton dkt outlet ni. Sampai penoh atas riba, bawah seat, celah kaki. Perghh...gila betol. Xnak beli sayang pulak. So, tahan jelah...
Lepas tu, kami teros ke Manchester utk bermalam (lebih kurang 40 minit dari Stoke).. Di Manchester, kami tido di Travelodge juga iaitu di Manchester Didsbury. Selesa dan besar mcm di London jugak! Tapi London wayyyyy better sbb London hotel baru kan... yang ni, xberapa nak baru tapi still bagus! Dan yang paling i suka, Travelodge ni ada parking lot sendiri and dekat dgn shopping mall!


Di Manchester, kami hanya keluar utk makan malam di Rusholme - the best place to get Muslim Halal food. Kalau korang ada di Manchester, Rusholme ni mcm syurga makanan halal la.. teramatlah byk restaurant halal kat sini cuma keadaan sekeliling mcm agak dodgy sketlahh...Korang mungkin rasa seperti berada di Karachi bila berada kat Rusholme ni. hahaha... The famous restaurant that I will suggest you guys to go ialah Al Jazeera! The best Nasi arab dan sgt murah okay. Kedai ni mmg amat famouslah di kalangan orang melayu. Kdg2 tu bila kami dtg makan kat situ, penuh satu restaurant tu semua melayu je.. Dah konfius time tu kat UK ke kt Malaysia @_@ .. Lepas dinner,saya dan hubby beli dessert utk mama and abah. Opposite Al Jazeera ni ada satu kedai dessert yg sgt best - Moonlight. Wajib try Falouda!!! So, basically, Manchester adalah bandar hanya utk kami tumpang tido dan menikmati makanan yang sedap sedap. Old trafford dan tempat lain tak pergi pon sbb mama and abah dah pernah pergi sebelum ni. Memandangkan banyak sgt barang kitorng, sampai dah xde ruang nak duduk, i terpaksa tinggalkan sikit barang dkt rumah my friend di Manchester. No option memandangkan keesokan harinya kami akan ke outlet lagi. Takkan xnak shopping dah kan. rugi rugi.. hehe

Ahad pagi adalah hari 'Carboot' di UK ini. Maka, kami siap seawal pagi utk ke Chelford Carboot - 2nd largest carboot in the UK! Best gila okayyy! Dpt beli pinggan Johnson brothers about 10 pieces for 20pence (RM1.00 sahaja)!!! Gila kannn....Rambang mata membeli...

dpt free buku history of Arsenal!
kene pandai pilih..
Crowds
Postcode:  WA16 8SU

Selepas carboot, kami ke Outlet lagi. My favourite outlet - Cheshire Oak. Outlet ni xdelah mcm Bicester. Yang ni more to middle range class. Ada brand GAP, Polo Ralph Lauren, Clarks, Fossil, Le Creuset dan ada juga brand mahal seperti Burberry, Mulberry etc..



Lunch Jacket Potato at Cheshire Oaks outlet
Postcode : CH65 9JJ

 Kesian mama dan abah. Sampai2 teros Marathon 3 hari shopping dgn kami! haha... tapi yang pasti mama sgt happy lah dpt beli mcm mcm harga murah pulak tu! Dah penat shopping, kami pon continue journey back to Scotland. Dari Cheshire Oak, it takes about 3 and a half hour to reach Edinburgh. 

Welcome to Scotland!!!
Nice view nak masuk Scotland
 Itulah rentetan perjalanan kami dari London nak pulang ke rumah. Banyak sungguh pit stop shopping kan? hehe...

No comments:

Post a Comment